Polisi Tempahan dan Pembatalan

1. Terma Umum
Dengan mengesahkan tempahan melalui laman web atau gerbang pembayaran kami, anda bersetuju dengan terma dan syarat berikut. Terma ini bertujuan memastikan pengalaman yang lancar dan menyenangkan untuk semua tetamu kami.

2. Polisi Tempahan
• Semua tempahan tertakluk kepada ketersediaan bilik dan pengesahan semasa tempahan dibuat.
• Bayaran penuh atau deposit mungkin diperlukan untuk mengesahkan tempahan anda. Maklumat dan keperluan pembayaran akan dinyatakan dengan jelas semasa proses checkout.
• Harga yang dipaparkan termasuk cukai berkaitan kecuali dinyatakan sebaliknya.
• Tetamu mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun untuk membuat tempahan. Dokumen pengenalan yang sah (IC atau pasport) diperlukan semasa daftar masuk.
• Premis kami mesra Muslim; pengambilan alkohol, makanan tidak halal, atau tingkah laku mengganggu adalah dilarang sama sekali.

3. Polisi Pembayaran
• Pembayaran boleh dibuat dengan selamat melalui gerbang pembayaran dalam talian kami (kad kredit/debit, e-wallet, atau perbankan dalam talian).
• Setelah pembayaran diterima, emel pengesahan tempahan akan dihantar ke alamat emel yang didaftarkan.
• Sebarang perkhidmatan tambahan (contoh: sewaan tempat BBQ, tilam tambahan, atau daftar keluar lewat) perlu dibayar sebelum atau semasa penginapan.
• Sekiranya pembayaran gagal atau ditolak, tempahan tidak akan disahkan sehingga pembayaran berjaya dibuat.

4. Polisi Pembatala

Tempahan Kadar Fleksibel:
o Pembatalan yang dibuat dalam tempoh 7 hari sebelum ketibaan akan dikenakan caj penuh jumlah tempahan.
o Pembatalan yang dibuat sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh daftar masuk layak menerima pemulangan wang sebanyak 50% daripada jumlah nilai tempahan.
o No-show (gagal hadir) akan dikenakan bayaran penuh.

Tempahan Tidak Boleh Dikembalikan:
o Tempahan promosi atau diskaun yang ditanda sebagai “Tidak Boleh Dikembalikan” tidak boleh dibatalkan, dipinda, atau dipulangkan selepas disahkan.
o Jumlah penuh akan dikenakan semasa tempahan dibuat.

5. Polisi Pengubahan Tempahan
• Perubahan tarikh tempahan boleh dibuat sekurang-kurangnya 5 hari sebelum daftar masuk, tertakluk kepada ketersediaan bilik dan perbezaan kadar.
• Sebarang pelarasan kadar akibat perubahan tarikh, tempoh penginapan, atau jenis bilik perlu dijelaskan sebelum penginapan.
• Pemendekan tempoh penginapan dalam tempoh 5 hari sebelum ketibaan tidak layak untuk bayaran balik separa.

6. Polisi No-Show
• Tetamu yang gagal hadir pada tarikh daftar masuk tanpa pemberitahuan awal akan dikenakan 100% daripada jumlah tempahan.
• Bilik atau rumah berkenaan boleh dilepaskan untuk tempahan lain selepas malam pertama no-show.

7. Polisi Bayaran Balik
• Bayaran balik yang diluluskan akan diproses dalam tempoh 7–14 hari bekerja dari tarikh pengesahan pembatalan.
• Bayaran balik akan dibuat menggunakan kaedah pembayaran yang sama digunakan semasa tempahan.
• Caj gerbang pembayaran atau yuran transaksi adalah tidak boleh dikembalikan.

8. Keadaan Luar Jangka (Force Majeure)
Sekiranya berlaku keadaan tidak dijangka (contoh: banjir, tanah runtuh, sekatan kerajaan, atau bencana alam lain), pihak pengurusan berhak menjadualkan semula, menangguhkan, atau membatalkan tempahan tanpa penalti.
Dalam situasi tersebut, tetamu boleh memilih untuk menjadualkan semula penginapan atau menerima kredit tempahan untuk kegunaan masa hadapan.

9. Peraturan Rumah
Untuk memastikan penginapan yang selesa untuk semua tetamu:
• Tiada alkohol, makanan tidak halal, atau merokok dibenarkan di dalam penginapan.
• Waktu senyap: 10:00 PM – 7:00 AM.
• Waktu daftar masuk: bermula 3:00 PM.
• Waktu daftar keluar: sebelum 12:00 PM.
• Tetamu bertanggungjawab menjaga kebersihan dan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan pada harta benda atau fasiliti.

10. Maklumat Hubungan
Untuk bantuan tempahan, pindaan, atau permintaan khas, sila hubungi kami:
📧 Emel: admin@drumahbonda.my, drumahbonda@gmail.com
📞 Telefon: 019-222 3060
🕒 Waktu Operasi: 9:00 AM – 6:00 PM (GMT+8)


Reservation and Cancellation Policy

1. General Terms

By confirming a booking through our website or payment gateway, you agree to the following terms and conditions. These terms are designed to ensure a smooth and pleasant experience for all our guests.

2. Reservation Policy

  • All bookings are subject to room availability and confirmation at the time of reservation.
  • Full payment or a deposit may be required to confirm your booking. The payment details and requirements will be clearly stated during checkout.
  • Prices shown include applicable taxes unless otherwise specified.
  • Guests must be at least 18 years old to make a reservation. A valid identification document (IC or passport) will be required at check-in.
  • Our property is Muslim-friendly, and alcohol consumption, non-halal food, or disruptive behavior is strictly prohibited on the premises.

3. Payment Policy

  • Payments can be made securely via our online payment gateway (credit/debit card, e-wallet, or online banking).
  • Once payment is received, a booking confirmation email will be sent to the registered email address.
  • Any additional services or requests (e.g., BBQ pit rental, extra bedding, or late check-out) must be paid before or during the stay.
  • In case of failed or declined payment, the reservation will not be confirmed until payment is successfully completed.

4. Cancellation Policy

  • Flexible Rate Bookings:
  • Cancellation made within 7 days of arrival will be charged the full booking amount.
  • Cancellation made at least 7 days before check in date are eligible for 50% refund of the total booking value.
  • No-shows (failure to arrive) will be charged the full booking amount.
  • Non-Refundable Bookings:
  • Promotional or discounted bookings marked as “Non-Refundable” cannot be cancelled, refunded, or modified once confirmed.
  • The total amount will be charged at the time of booking.

5. Modification Policy

  • Changes to booking dates may be made at least 5 days before check-in, subject to room availability and rate differences.
  • Any rate adjustments due to a change in date, duration, or room type must be paid before the stay.
  • Shortening the stay period within 5 days of arrival will not be eligible for partial refunds.

6. No-Show Policy

  • Guests who fail to check in on the scheduled date without prior notice will be charged 100% of the total booking amount.
  • The room or house may be released for other bookings after the first night of no-show.

7. Refund Policy

  • Approved refunds will be processed within 7–14 business days from the date of cancellation confirmation.
  • Refunds will be made using the same payment method used during booking.
  • Payment gateway or transaction fees are non-refundable.

8. Force Majeure

If unforeseen circumstances occur (e.g., floods, landslides, government restrictions, or other natural disasters), the management reserves the right to reschedule, postpone, or cancel bookings without penalty.
In such cases, guests may choose to reschedule their stay or receive a booking credit for future use.

9. House Rules

To ensure a pleasant stay for all guests:

  • No alcohol, non-halal food, or smoking is allowed inside the accommodation.
  • Quiet hours: 10:00 PM – 7:00 AM.
  • Check-in time: 3:00 PM onward.
  • Check-out time: by 12:00 PM.
  • Guests are responsible for maintaining cleanliness and will be liable for any damages to property or facilities.

10. Contact Information

For booking assistance, changes, or special requests, please contact us:
Inapan Tanah Bonda Resources (003103647-K)
📧 Email: admin@drumahbonda.my , drumahbonda@gmail.com
📞 Phone: 019-222 3060
🕒 Operating Hours: 9:00 AM – 6:00 PM (GMT+8)