Tentang Kami

Terletak di tebing Sungai Perak dan dikelilingi keindahan alam semula jadi, D’Rumah Bonda River View Resort merupakan sebuah inap desa yang menawarkan ketenangan suasana kampung yang sukar didapati di kota. Keunikan kami terserlah melalui nama-nama bilik penginapan yang diinspirasikan daripada pelbagai jenis nanas tempatan yang terdapat di seluruh Malaysia.
Kini, DRBRV menempatkan 11 unit penginapan dengan gaya dan suasana yang berbeza bagi setiap bilik — menjanjikan pengalaman yang unik setiap kali anda berkunjung. Kemudahan lain turut disediakan termasuk dewan makan, kolam renang dan tandas awam bagi keselesaan para pengunjung.
Sehingga hari ini, DRBRV terus menerima tempahan daripada individu, agensi yang menjalankan program tahunan, serta keluarga yang ingin mengadakan hari keluarga. Keutamaan kami adalah memastikan setiap tetamu dapat merasai ketenangan dan kedamaian percutian desa yang menyegarkan jiwa.
Permulaan D'Rumah Bonda
Inapan Tanah Bonda Resources, yang turut dikenali sebagai D’Rumah Bonda River View, telah diasaskan pada tahun 2019, bermula dengan sebuah rumah yang pada asalnya dibina untuk kegunaan pemilik sendiri.
Pembinaan unit bermula dengan sedikit demi sedikit, sehinggalah pada hari ini telah berdiri 6 buah unit bangunan yang menempatkan 11 unit kediaman buat pengunjung. Ayuh tempah penginapan menarik di tepi Sungai Perak sekarang.